awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hampir 700,000 penduduk Lubnan hilang tempat tinggal dalam tempoh lebih seminggu - UNHCR
Tiada mana-mana bahagian Bersatu bubar - Muhyiddin
Lebih 700 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak pindah ke PPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Bersatu uji legitimasi Presiden - Penganalisis

Sinar Harian
Sinar Harian
16/02/2026
01:30 MYT
Krisis Bersatu uji legitimasi Presiden - Penganalisis
Bersatu perlu segera beralih daripada bergantung kepada model kepimpinan berasaskan personaliti kepada satu bentuk organisasi yang lebih berinstitusi, dengan proses dalaman yang teratur serta kepimpinan kolektif yang lebih mantap.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berdepan risiko kemerosotan berterusan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) sekiranya parti itu gagal melaksanakan reformasi menyeluruh serta menstabilkan struktur dalaman.
Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis, berkata, Bersatu perlu segera beralih daripada bergantung kepada model kepimpinan berasaskan personaliti kepada satu bentuk organisasi yang lebih berinstitusi, dengan proses dalaman yang teratur serta kepimpinan kolektif yang lebih mantap.
Menurut beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Presiden yang sah dari sudut Perlembagaan parti, namun kedudukannya dilihat berdepan tekanan politik susulan peralihan sokongan dalam kalangan ahli Parlimen parti itu.
"Dalam politik, keabsahan tidak hanya diukur melalui Perlembagaan tetapi melalui sokongan yang nyata. Jadi apabila dua pertiga ahli Parlimen parti memihak tokoh yang dipecat, kita menyaksikan krisis legitimasi dan bukan sekadar krisis disiplin.
"Jika pusat graviti kuasa beralih ke blok ahli Parlimen yang menyokong Datuk Seri Hamzah Zainudin, maka Muhyiddin berdepan risiko menjadi Presiden yang menguasai struktur, tetapi kehilangan kawalan terhadap sumber kuasa sebenar iaitu sokongan legislatif," katanya.
Mujibu berkata, kecenderungan majoriti ketua bahagian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu menyokong Hamzah menunjukkan kepimpinan Pusat sedang dicabar secara terbuka.
Tambahnya lagi, situasi itu membawa kepada kehilangan keupayaan pimpinan parti mengawal proses pemilihan calon dan strategi pilihan raya selain wujudnya risiko perpecahan jika tiada penyelesaian dalaman dicapai.
"Namun perlu juga diingat bahawa sokongan politik bersifat dinamik yang mana ia boleh berubah bergantung kepada perkembangan seterusnya.
"Jika kepimpinan pusat berjaya mengekalkan kawalan terhadap sumber organisasi dan struktur rasmi, sebahagian sokongan mungkin kembali kepada arus utama," ujarnya.
Ditanya hubungan dalam Perikatan Nasional (PN), Mujibu berpandangan, kemungkinan Pas keluar daripada PN semata-mata untuk mengikuti individu tertentu adalah rendah.
Katanya, Pas kini berada dalam kedudukan relatif kuat dalam blok pembangkang berikutan pengaruhnya jelas dalam PN dengan asas penyokong yang setia dan struktur jentera parti mantap. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bersatu
#pilihan raya
#PRU 16
#Mujibu Abd Muis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan