awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis tenaga global dijangka ambil masa 3 hingga 5 tahun untuk pulih - PM

Sinar Harian
Sinar Harian
09/04/2026
05:02 MYT
Krisis tenaga global dijangka ambil masa 3 hingga 5 tahun untuk pulih - PM
Anwar ketika menghadiri Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian di Kementerian Pengangkutan, hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
Krisis tenaga global susulan konflik antara Israel, Amerika Syarikat (AS) dan Iran dijangka mengambil masa antara tiga hingga lima tahun untuk pulih sepenuhnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tempoh tersebut dimaklumkan oleh Emir Qatar berikutan kerosakan terhadap operasi gas yang memerlukan masa panjang bagi proses pembaikan dan pemulihan.
“Akibat keganasan yang dimulakan oleh Israel, didukung Amerika, tempiasnya telah merebak ke seluruh negara Teluk dan turut menjejaskan ekonomi global.
“Walaupun perang tamat esok, menurut Emir Qatar yang memaklumkan perkara ini secara langsung kepada saya, kerja kerja pembaikan minimum memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun bagi membolehkan operasi gas dijalankan semula, manakala untuk mencapai prestasi penuh dijangka mengambil masa antara tiga hingga lima tahun,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian di Kementerian Pengangkutan, hari ini.
Dalam pada itu, Anwar menegaskan bahawa meskipun rakyat berdepan tekanan kos sara hidup termasuk kenaikan harga diesel, keadaan di Malaysia masih terkawal berbanding beberapa negara lain yang berhadapan krisis lebih serius.
“Masalah ini memang berlaku, namun kita perlu bersyukur. Ada yang mempertikai mengapa diminta bersyukur ketika ekonomi mencabar dan harga diesel meningkat.
“Bersyukur itu bermaksud kita masih bernafas, masih hidup dan sihat. Ekonomi negara kita tidak seteruk beberapa negara jiran, belum ada rakyat yang terpaksa beratur panjang di stesen minyak, ratusan stesen belum ditutup dan rakyat belum terpaksa berjalan kaki ke tempat kerja,” katanya.
Sehubungan itu, Perdana Menteri merakamkan penghargaan kepada seluruh penjawat awam, sektor swasta dan masyarakat atas kerjasama yang diberikan kepada kerajaan dalam mendepani krisis berkenaan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#minyak
#operasi gas
#Kementerian Pengangkutan
#krisis Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan