awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM Selangor tahan 12 pendatang tanpa izin di pesisir Pantai Batu Laut
Polis ditempatkan di 151 stesen minyak berisiko tinggi - Fadillah
Malaysia catat 3.36 juta ancaman siber berasaskan web pada 2025 - Kaspersky
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis tenaga global: Kerajaan komited cari penyelesaian hadapi tekanan - Zahid

Bernama
Bernama
04/04/2026
15:26 MYT
Krisis tenaga global: Kerajaan komited cari penyelesaian hadapi tekanan - Zahid
Ahmad Zahid berkata, semua pihak tidak boleh berada dalam zon selesa dan perlu bersiap siaga dalam menghadapi krisis yang sedang berlaku. - Gambar Bernama
Kerajaan sedang berusaha sedaya upaya mencari penyelesaian bagi mengatasi tekanan impak krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, komitmen itu diambil dengan memanggil peneraju industri bermesyuarat setiap minggu, melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi memberi taklimat dan pandangan kepada ahli-ahli majlis berkenaan, sekali gus membincangkan jalan penyelesaian.
“Dan pandangan mereka diambil kira dalam langkah-langkah yang akan diambil kerajaan. Begitu juga, taklimat setiap hari diadakan secara langsung dan mudah-mudahan segala maklumat dapat disampaikan kepada rakyat,” katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Bercakap kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Bagan Datuk malam Sabtu, beliau berkata, semua pihak tidak boleh berada dalam zon selesa dan perlu bersiap siaga dalam menghadapi krisis yang sedang berlaku.
Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dihadiri kira-kira 14,000 pengunjung.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#MTEN
#mesyuarat
#krisis
#tenaga
#Global
#industri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan