awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kritikan Rafizi jadi ‘durian runtuh’ kepada Pas, PN menjelang PRU16 - Aktivis Pas

Astro AWANI
Astro AWANI
24/03/2026
12:48 MYT
Kritikan Rafizi jadi ‘durian runtuh’ kepada Pas, PN menjelang PRU16 - Aktivis Pas
Lokman (gambar kecil) turut menjelaskan bahawa Rafizi, sebagai ‘arkitek’ utama PKR, sememangnya memahami selok-belok dalaman parti dan kerajaan. - Foto fail Pas/BERNAMA

Kritikan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan memberi kelebihan kepada Pas dan Perikatan Nasional (PN) untuk menambah sokongan, khususnya dalam kalangan pengundi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Aktivis Pas, Lokman Bonyamin berkata, serangan bekas Timbalan Presiden PKR itu berpotensi mengubah pandangan pengundi dan menjadi “durian runtuh” kepada pembangkang.

"Bagi PAS dan PN, situasi ini memang ‘durian runtuh’. Mereka tidak perlu bekerja keras; apabila kerajaan dilihat berpecah atau bercelaru sesama sendiri, pengundi Melayu akan lebih mudah beralih arah kerana melihat PN lebih stabil dan konsisten," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, keadaan tersebut mampu mempengaruhi pengundi atas pagar sekiranya jurang antara janji dan realiti pentadbiran terus melebar.

"Situasi ini boleh ubah pandangan pengundi menjelang PRU16. Jika jurang antara ‘janji’ dan ‘realiti’ semakin besar, tidak mustahil sokongan akan beralih kepada pihak yang dilihat lebih fokus," ujarnya.

Lokman turut menjelaskan bahawa Rafizi, sebagai ‘arkitek’ utama PKR, sememangnya memahami selok-belok dalaman parti dan kerajaan. Justeru, kritikan terbuka beliau memberi isyarat wujudnya ketidakpuasan dalam pelaksanaan dasar.

Tambahnya, isu reformasi institusi yang masih belum menampakkan hasil nyata turut menimbulkan keresahan dalam kalangan penyokong kerajaan.

"Rakyat, khususnya penyokong Pakatan Harapan, masih menunggu hasil reformasi. Bila pemimpin sendiri nampak tidak puas hati, ia memberi gambaran proses itu mungkin tersekat oleh birokrasi atau kompromi politik," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, keadaan ekonomi semasa juga menjadi faktor penting apabila rakyat masih berdepan tekanan kos sara hidup walaupun data makro menunjukkan perkembangan positif.

"Rakyat lebih melihat kepada kuasa beli yang semakin mengecil. Bila kritikan datang dari dalam kerajaan, ia menguatkan persepsi bahawa strategi ekonomi belum cukup berkesan," katanya.

Mengulas isu harga minyak, beliau menyifatkannya sebagai ‘senjata makan tuan’ sekiranya tidak diurus dengan baik.

"Rakyat tidak lupa ‘formula’ lama. Jika subsidi atau harga minyak tidak ditangani dengan cermat tanpa membebankan golongan M40, ini akan menjadi titik paling lemah kepada kerajaan," ujarnya.

Topic Berkaitan
#PRU16
#politik
#Rafizi Ramli
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan