awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kru Indonesia gagal sembunyi dalam bilik kemudi

Sinar Harian
Sinar Harian
03/10/2021
00:27 MYT
Kru Indonesia gagal sembunyi dalam bilik kemudi
Bot nelayan tempatan dalam keadaan mencurigakan ditahan di kedudukan 0.4 batu nautika timur Pangkor Utara pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
LUMUT: Seorang kru warga Indonesia bersembunyi di bilik kemudi sebuah bot nelayan tempatan bagi mengelak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak dalam satu pemeriksaan di kedudukan 0.4 batu nautika timur Pangkor Utara pada Jumaat.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, dalam pemeriksaan sekitar jam 10.15 pagi itu, pihaknya menahan sebuah bot tempatan yang mencurigakan bagi tujuan pemeriksaan.
Menurutnya, selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, kru warga asing berusia 45 tahun terbabit cuba menyembunyikan diri di bilik kemudi bot berkenaan sebelum digeledah oleh pasukan penguat kuasa Maritim.
"Pemeriksaan mendapati bot berkenaan dikendalikan empat kru warga tempatan serta seorang kru asing dipercayai warga Indonesia.
"Lelaki terbabit bagaimanapun tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan boleh didakwa di bawah Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, kru berkenaan dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Kampung Bharu, Sitiawan untuk siasatan serta tindakan lanjut.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#kru warga Indonesia
#bilik kemudi bot
#bot nelayan tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan