awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri hingga 2 pagi - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KSN nasihat penjawat awam tidak cemar imej perkhidmatan awam

Bernama
Bernama
22/07/2015
00:48 MYT
KSN nasihat penjawat awam tidak cemar imej perkhidmatan awam
ALI: Hindari perbuatan yang boleh mencemarkan imej perkhidmatan awam dan menjejaskan ketenteraman negara.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa menasihatkan penjawat awam agar tidak melibatkan diri dalam perbuatan yang boleh mencemarkan imej perkhidmatan awam dan menjejaskan ketenteraman negara.
Sebaliknya beliau berkata mereka harus memberikan tumpuan dan komitmen dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat selaras dengan Agenda Transformasi Nasional, dan tidak melibatkan diri dalam perbuatan atau aktiviti seumpama itu.
Dalam satu kenyataan Ali berkata beliau mengambil maklum dan memandang serius terhadap beberapa perkembangan semasa dalam negara yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.
"Ini termasuk laporan berikutan siasatan pihak polis Thailand bahawa ada pihak tertentu dalam negara bersama anasir luar yang terbabit dalam konspirasi terhadap kepimpinan negara untuk mengganggu-gugat proses demokrasi negara.
"Perkara ini boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara serta merupakan tindakan khianat terhadap negara," kata beliau.
Topic Berkaitan
#Agenda Transformasi Nasional
#Ali Hamsa
#penjawat awam
#perkhidmatan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan