awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Keldai dadah' di KLIA rambang mata ditaja penginapan, tiket penerbangan
Misi GSF 2.0: Kerajaan aktifkan kerjasama G2G untuk kelancaran flotila - Amirudin
Video tular: Pangku wanita atas riba, pemandu bas dipecat serta-merta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KSU sebuah kementerian, beberapa saksi akan dipanggil SPRM berkaitan kes perjanjian RM1.1 bilion

Bernama
Bernama
22/02/2026
07:17 MYT
KSU sebuah kementerian, beberapa saksi akan dipanggil SPRM berkaitan kes perjanjian RM1.1 bilion
Menurut sumber, tindakan itu diambil selepas SPRM membuka kertas siasatan berhubung perkara terbabit. - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil beberapa saksi termasuk Ketua Setiausaha (KSU) sebuah kementerian dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung pelaksanaan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing, yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion.
Menurut sumber, tindakan itu diambil selepas SPRM membuka kertas siasatan berhubung perkara terbabit.
"Kes ini berkaitan dengan isu ketirisan dana kerajaan membabitkan peruntukan yang besar iaitu RM1.1 billion.
"Berdasarkan maklumat awal, cadangan ini dikatakan tidak mendapat persetujuan daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri namun perjanjian ini dimeterai secara tergesa-gesa," katanya.
Sumber berkata beberapa individu turut didakwa telah diberikan jawatan tinggi dalam syarikat berkenaan selepas meninggalkan kementerian terbabit.
"Sehubungan itu, beberapa saksi termasuk KSU kementerian terbabit dijangka dipanggil bagi mendengar penjelasan berhubung pelaksanaan perjanjian ini," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut.
Pada 16 Feb lepas, SPRM membuka kertas siasatan berhubung kes terbabit susulan aduan beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa perjanjian itu telah dibuat secara tergesa-gesa dan bersifat berat sebelah sehingga dijangka memberi kesan kewangan kepada kerajaan.
SPRM juga telah bertindak mengambil beberapa dokumen berkaitan perjanjian terbabit daripada Kementerian Ekonomi pada 13 Feb lepas bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Ketua Setiausaha Kementerian
#beri keterangan
#perjanjian RM1.1 bilion
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan