awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KTMB perkenal pakej Keluarga Malaysia, diskaun 25 peratus

Bernama
Bernama
15/02/2022
21:00 MYT
KTMB perkenal pakej Keluarga Malaysia, diskaun 25 peratus
Pengguna disarankan membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau melalui laman sesawang KTMB. - Foto Facebook/KTM Berhad
KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan diskaun Pakej Keluarga Malaysia menerusi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Intercity kepada warganegara Malaysia, bermula Isnin hingga 31 Dis.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Rani Hisham Samsudin berkata pakej tersebut menawarkan diskaun 25 peratus bagi pembelian minimum empat tiket dalam satu transaksi (dewasa dan kanak-kanak), untuk semua perkhidmatan ETS, Ekspres Rakyat Timuran dan Ekspres Selatan dengan menggunakan kod promo KMKTMB2.
"Sebagai menyahut seruan kerajaan bagi membantu memulihkan ekonomi negara, KTMB akan terus optimis dalam memastikan perkhidmatan tren kekal menjadi pilihan utama, melalui promosi yang dirangka khas untuk Keluarga Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Beliau menyatakan melalui pakej tersebut, pihaknya menyasarkan peningkatan jualan tiket terutama ketika musim cuti sekolah pada Mac ini dan sambutan Aidilfitri pada Mei.
Untuk itu, menurutnya pengguna disarankan membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau melalui laman sesawang KTMB.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KTMB
#Keluarga Malaysia
#diskaun
#cuti sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan