awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seoul gesa rakyat Korea tinggalkan Lubnan segera susulan serangan berterusan
Thailand rampas aset 20 bilion baht dikaitkan dengan rangkaian penipuan transnasional
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ku Chin Wah bebas dari tuduhan gagal isytihar perolehan harta

Astro Awani
Astro Awani
26/05/2017
03:37 MYT
Ku Chin Wah bebas dari tuduhan gagal isytihar perolehan harta
Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah (kiri), bersama peguambela Datuk Geethan Ram Vincent (kanan) ketika keluar dari mahkamah selepas dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - Foto Bernama
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dari pertuduhan dengan sengaja gagal mengisytiharkan perolehan harta, empat tahun lepas.
Hakim Sohaini Alias membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Ku sebelum ini didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Blok D6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, antara 23 Dis 2013 dan 21 Jan 2014.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 49(3) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman denda maksimum RM1 juta, penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Budiman Lutfi Mohamed dan Ku diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent.
Topic Berkaitan
#isytihar harta
#jsj
#Ku Chin Wah
#mahkamah
#polis
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan