awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuarters bomba Pasir Puteh alami masalah bekalan air bersih

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
05/02/2022
23:45 MYT
Kuarters bomba Pasir Puteh alami masalah bekalan air bersih
Mohd Ridwan menunjukkan keadaan bekalan air yang mengalami tekanan amat rendah di kuarters kediamannya. - Foto Astro AWANI
PASIR PUTEH: Kekurangan bekalan air bersih akibat tekanan rendah menjejaskan enam keluarga yang mendiami Kuarters Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pasir Puteh di sini.
Hampir setiap hari, rutin keluarga anggota bomba itu termasuk membuat tadahan air pada sebelah malam untuk kegunaan pada siang hari.
Keadaan seperti itu dialami sejak hampir sebulan yang lalu, malah menurut salah seorang anggota, Mohd Ridwan Mohd Nor, dia kadang kala terpaksa menggunakan sumber air dari balai bomba.
"Saya tinggal di kuarters bomba. Memang sejak dua tiga minggu lepas kita mengalami masalah air. Pada siang hari, tekanan air berkurangan, jadi kita terpaksa tadah air pada waktu malam.
"Jadi, kita simpan air dalam tangki. Air untuk siang hari sangat payah, sangat perlahan. Pernah sekali, mungkin Jumaat lepas, kita terpaksa ambil air dari luar dan kawal penggunaan air," katanya.
Mohd Ridwan yang menghuni kuarters tersebut bersama lima ahli keluarganya berkata, masalah itu menyebabkan mereka perlu bijak merancang penggunaan air supaya tidak menjejaskan kehidupan seharian.
Sebelum ini, katanya, pihak Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) pernah datang menawarkan penghantaran lori tangki bagi membekalkan air.
AKSB dalam kenyataan sebelum ini mengumumkan, Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong ditutup sementara bagi kerja-kerja baik pulih bermula Sabtu.
Keadaan itu dijangka menyebabkan lebih 32,000 akaun pengguna di kawasan Pasir Puteh dan Machang, serta sebahagian Kota Bharu, terjejas.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Pasir Puteh Azhar Ermi Mustofar memaklumkan, operasi pihaknya tidak terjejas memandangkan bekalan air diperolehi dari pili bomba dan tangki simpanan.
Topic Berkaitan
#bekalan air
#kekurangan bekalan air bersih
#tekanan air rendah
#bomba Pasir Puteh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan