awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuasa udara keutamaan pertahanan sesebuah negara - Panglima TUDM

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
31/05/2019
13:00 MYT
Kuasa udara keutamaan pertahanan sesebuah negara - Panglima TUDM
Affendi juga mengharap seluruh masyarakat Malaysia terus yakin kepada kemampuan TUDM dalam menjaga ruang udara demi keselamatan dan kedaulatan negara kita. - Gambar fail
Upacara Perbarisan sempena hari ulang tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-61 akan diadakan pada Julai nanti.
Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang menjelaskan, pada 1 Jun (esok), sambutan ulang tahun TUDM hanya diadakan secara sederhana sahaja.
Jelas Affendi, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menghadiri sambutan Hari Tentera Udara pada Julai nanti.
"Sabtu ni kita cuma adakan sambutan secara sederhana tetapi perbarisan sambutan akan dibuat sekitar Julai nanti.
"Kami cuba mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk acara perbarisan sambutan Hari Ulangtahun Tentera Udara dan pertukaran panji-panji," katanya ketika wawancara bersama media baru-baru ini.
Hari Tentera Udara 2019 bertemakan "Kuasa Udara, Kepentingan Nasional" dan ia dirasakan bertepatan dengan senario keselamatan serta pertahanan dan rantau masa kini.
Affendi berkata kuasa udara pada masa ini menjadi keutamaan penting untuk pertahanan sesebuah negara dan dalam era masa kini, spektrum TUDM adalah lebih meluas.
Sempena Hari Ulang Tahun TUDM ke-61, beliau berharap warga TUDM akan meneruskan kecemerlangan dalam semua aspek bagi memastikan setiap perancangan dalam menjadikan TUDM sebagai sebuah kuasa udara yang unggul.
"Saya juga mengharap seluruh masyarakat Malaysia terus yakin kepada kemampuan TUDM dalam menjaga ruang udara demi keselamatan dan kedaulatan negara kita," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Affendi Buang
#tentera
#Tentera Udara Diraja Malaysia
#TUDM
#Ulangtahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan