awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kubur Thaqif Amin digali semula untuk dapatkan sampel

Shahrul Hassan
Shahrul Hassan
18/05/2017
15:23 MYT
Kubur Thaqif Amin digali semula untuk dapatkan sampel
Kubur jenazah pelajar tahfiz Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi yang meninggal dunia pada 26 April lalu digali semula tengah hari tadi. -Gambar fail
Kubur jenazah pelajar tahfiz Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi yang meninggal dunia pada 26 April lalu digali semula tengah hari tadi.
Ia dilakukan pihak hospital bagi mengambil sampel daripada kaki Allahyarham yang dipotong dan disemadikan bersebelahan dengan jenazah.
Bapa saudara dan datuk kepada Allahyarham, Mas Ariff dan Ahmad Motai menjadi saksi ketika pihak hospital menggali kubur berkenaan yang terletak di Felda Bukit Aping Timur Kota Tinggi, Johor kira-kira pukul dua petang tadi.
Mas Ariff ketika dihubungi memberitahu, pihak polis ada membuat panggilan kepada bapa Allahyarham, Mohd Ghaddafi Mat Karim untuk berjumpa dengan waris.
Keluarga dimaklumkan bahawa kubur Allahyarham perlu digali semula untuk meneruskan siasatan mengenai punca kematian Mohamad Thaqif Amin.
"Ketika itu, saya hanya menjadi saksi ketika pihak hospital menggali kubur berkenaan sambil disaksikan pelbagai pihak termasuk dari Mahkamah, Jabatan Agama Islam dan lain-lain," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Jelasnya, pihak hospital hanya mengambil sampel daripada bahagian kaki yang dipotong.
Kisah Mohamad Thaqif Amin tular selepas dia didakwa dipukul pembantu warden di Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Kota Tinggi.
Mohamad Thaqif Amin meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pada 26 April selepas kedua-dua kakinya dipotong akibat jangkitan kuman.
Topic Berkaitan
#Ahmad Motai
#kubur digali semula
#Mas Ariff
#Mohamad Thaqif Amin
#Mohd Ghaddafi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan