awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuching anjur Forum Ekonomi Islam Dunia Ke-13

Bernama
Bernama
13/07/2017
23:27 MYT
Kuching anjur Forum Ekonomi Islam Dunia Ke-13
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata Sarawak menawarkan pengalaman baharu kepada para peserta dengan keindahan alam semula jadinya dan kepelbagaian budayanya yang unik.
Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Ke-13, yang akan diadakan di sini dari 21-23 Nov, 2017, akan meneroka cara perniagaan dapat bersedia, menyesuaikan dan memanfaatkan peluang yang wujud dalam tempoh semasa yang dinamik.
Pengerusi Yayasan WIEF, Tun Musa Hitam, berkata forum yang bertemakan 'Perubahan Inovatif: Impak dan Cabaran', akan mencerminkan transformasi yang dialami dunia berikutan idea dan teknologi yang inovatif.
"Penggiat industri semasa dan akan datang akan mempunyai peluang untuk berkongsi pandangan mengenai impak dan cabaran daripada perubahan yang inovatif serta merangka landskap perniagaan global yang lebih mampan dan ke hadapan.
"Sejak edisi pertama, forum tersebut, dalam tempoh lima tahun lepas telah menyaksikan kejayaan perjanjian perdagangan berjumlah AS$13 bilion (AS$1 = RM4.28)," katanya pada sidang media di sini pada Khamis.
Musa berkata WIEF mempunyai jumlah negara yang mengambil bahagian lebih dua kali ganda - dengan peserta daripada semua saiz ekonomi.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata negeri itu menawarkan pengalaman baharu kepada para peserta dengan keindahan alam semula jadinya dan kepelbagaian budayanya yang unik.
Katanya Sarawak diberi penghormatan untuk menganjurkan forum itu, sambil menambah bahawa rekod prestasi WIEF dalam menjalin kerjasama antara negara dipamerkan melalui kerjasama dengan Sarawak, terutamanya negeri yang dijangka menjadi koridor pertumbuhan yang seterusnya di Malaysia.
"Kami berharap dapat menarik pelaburan daripada industri yang selaras dengan matlamat dan nilai kami untuk mengukuhkan prospek ekonomi Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Awang Tengah Ali Hasan
#ekonomi
#Forum Ekonomi Islam Dunia
#Islam
#Kuching
#Musa Hitam
#pelaburan
#WIEF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan