awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesawat bawa 55 penumpang terhempas di pesisir pantai Somalia, tindakan juruterbang dipuji
Bunuh ibu tunggal:  Reman 3 suspek disambung
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuil Kek Lok Si berusia 130 tahun terbakar

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
12/10/2021
09:40 MYT
Kuil Kek Lok Si berusia 130 tahun terbakar
Sebanyak 70 peratus struktur bangunan kuil bersejarah Kek Lok Si di Air Itam di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi Selasa. - Gambar fail BERNAMA/ JBPM
GEORGE TOWN: Sebanyak 70 peratus struktur bangunan kuil bersejarah Kek Lok Si di Air Itam di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi Selasa.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong, Muhamad Norhisyam Ibrahim, pihaknya menerima panggilan sekitar 2.56 pagi memaklumkan berlaku kebakaran tempat ibadat masyarakat Budhha yang berusia lebih 130 tahun itu.
Sehubungan itu, Muhamad Norhisyam berkata, sepasukan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong dengan bantuan dari Balai Bomba Jalan Perak bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.
Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati berlaku kebakaran di atas bukit dan api sangat marak.
Pemeriksaan lanjut mendapati sebahagian struktur bangunan kuil berkenaan rosak teruk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"Kebakaran melibatkan sebuah tokong di atas bukit dan dianggarkan 70 peratus daripada struktur bangunan kuil itu musnah," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Kuil Kek Lok Si bukan sahaja menjadi pusat ziarah penting bagi masyarakat Buddha, bahkan, bangunan bersejarah terbesar di Malaysia itu juga tersenarai sebagai antara produk pelancongan popular di negeri Pulau Pinang.
Bangunan ikonik di negeri itu dibina bermula pada 1890 hingga 1930.
Topic Berkaitan
#Kuil Kek Lok Si
#Kek Lok Si terbakar
#130 tahun
#Air Itam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan