awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpulan bawa fahaman radikal akan dicegah - Zahid Hamidi

Astro Awani
Astro Awani
31/10/2014
06:56 MYT
Kumpulan bawa fahaman radikal akan dicegah - Zahid Hamidi
Kumpulan bawa fahaman radikal akan dicegah
Kerajaan akan mencegah kewujudan kumpulan-kumpulan kecil yang membawa fahaman radikal dan keganasan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Zahid menegaskan langkah itu penting kerana bimbang fahaman seperti itu menggugat kestabilan Malaysia di masa hadapan.
"Sebab orang orang Islam punya pegangan yang berbeza terutama mazhab.
"Agama Islam adalah agama persekutuan, kekhuatiran kerajaan adalah supaya tiada mazhab lain diamalkan.
"Kalau mazhab lain diamalkan, percanggahan tafsiran akan berlaku, inilah yang cuba dielakkan oleh kerajaan,"katanya dalam satu temubual bersama Astro AWANI dan Astro OASIS di pejabatnya, hari ini.
Katanya, langkah awal perlu dirangka walaupun statistik menunjukkan hanya 167 rakyat malaysia terlibat dengan keganasan sejak 2001.
Mengulas mengenai kertas putih berkaitan ancaman keganasan yang melibatkan rakyat Malaysia, Zahid berkata Jabatan Perdana Menteri sedang menyiapkan laporan tersebut dan ia akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum tamat sesi persidangan dewan rakyat hujung bulan depan.
Zahid berkata kertas putih berkenaan akan mendedahkan ancaman keganasan secara komprehensif dan pembentangan yang dibuat Perdana Menteri adalah sebagai tanda bahawa kerajaan serius menangani masalah tersebut.
Sementara itu, dalam temubual itu juga, Zahid menegaskan keperluan untuk memperkenalkan akta anti keganasan sebagai usaha mengurangkan masalah tersebut.
Cadangan akta baharu itu sebagai melengkapi undang-undang sedia ada iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah khas) 2012 (Sosma) dan Akta Pencegahan Jenayah (Poca).
"Akta anti keganasan, yang melihat aspek aspek pencegahan supaya dapat diselarikan dengan pembanterasan.
"Aspek perundangan ini harus dapat maklum balas pengamal undang-undang, aktivis sosial dan ulama," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#keganasan
#radikal
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan