awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpulan Kerja Industri ditubuh bagi pelaksanaan FNP - MCMC

Bernama
Bernama
21/07/2021
10:27 MYT
Kumpulan Kerja Industri ditubuh bagi pelaksanaan FNP - MCMC
Menurut MCMC, sesi rundingan awam berkenaan membolehkan pihaknya merangka langkah seterusnya berhubung FNP.
PUTRAJAYA: Kumpulan Kerja Industri (IWG) akan ditubuhkan bagi memuktamadkan butiran lanjut pelaksanaan Kemudahalihan Nombor Talian Tetap (FNP) di Malaysia, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
FNP merujuk kepada keupayaan para pelanggan perkhidmatan talian tetap untuk mengekalkan nombor sedia ada sama ada beralih lokasi atau penyedia perkhidmatan yang lain.
MCMC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan ia melihat keperluan untuk membenarkan IWG menetapkan garis masa pelaksanaan FNP yang bersesuaian bagi membolehkan para pengguna menikmati FNP secepat mungkin.
Ia susulan penerbitan laporan rundingan awam berhubung pelaksanaan FNP di Malaysia setebal 59 muka surat yang dikeluarkan pada 16 Julai yang antara lain merumuskan hasil rundingan dan keputusan MCMC berdasarkan maklum balas yang diterima.
Laporan berkenaan terbahagi kepada lima bahagian iaitu penanda aras antarabangsa, aspek teknikal FNP, kos pelaksanaan FNP, aspek prosedur FNP dan langkah seterusnya.
Menurut MCMC, sesi rundingan awam berkenaan membolehkan pihaknya merangka langkah seterusnya berhubung FNP dan dasar penomboran tetap di Malaysia.
"MCMC menjangkakan pelaksanaan FNP akan mewujudkan pasaran perkhidmatan talian tetap yang lebih berdaya saing bagi penyedia perkhidmatan untuk melabur dan meluaskan rangkaian perkhidmatan tetap serta memberi perkhidmatan yang lebih baik," katanya.
Laporan penuh berhubung FNP boleh didapati di pautan: https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/PublicConsultation-Report-Implementation-of-FNP-in-Malaysia.PDF
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#FNP
#IWG
#talian tetap
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan