awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki maut dalam kemalangan di PLUS dan Teluk Intan
Iran beri amaran sebarang "pelanggaran" oleh AS akan terima "tindak balas sewajarnya"
Qari Perak, Qariah Sarawak johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah

Bernama
Bernama
14/05/2024
23:40 MYT
Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia selamat tiba di Mekah pada Selasa selepas enam hari berada di Madinah. --fotoBERNAMA
MEKAH: Kumpulan pertama seramai 282 orang jemaah haji Malaysia, selamat tiba di sini selepas enam hari berada di Madinah.
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang (waktu tempatan) di Hotel Abraj Al Janadiriyah, yang turut menjadi Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah.
Ketibaan para jemaah haji itu, disambut oleh pihak pengurusan Tabung Haji termasuk Ketua Rombongan Haji 1445H/2024 Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Rombongan Haji Kebajikan Mohamed Heikal Mohamed Yusuff, serta pihak pengurusan Mashariq.
Satu lagi kumpulan jemaah haji iaitu kumpulan KT02 yang terdiri daripada 281 orang, tiba pada jam 8 malam.
Kesemua 563 jemaah haji ini dibawa menunaikan umrah secara berperingkat pada malam dan subuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jemaah haji
#Tabung Haji
#Haji
#umrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan