awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kunjungan mengejut PM ke UTC Pudu

Malik Ridhwan
Malik Ridhwan
26/11/2015
08:18 MYT
Kunjungan mengejut PM ke UTC Pudu
Menurut Najib, hasil tinjauan beliau mendapati rakyat berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan. - Foto Astro AWANI / Malik Ridhwan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan lawatan mengejut di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu bagi memastikan segala kemudahan berada dalam keadaan baik menjelang cuti hujung tahun.
Beliau yang sempat meluangkan masa selama 45 minit turut memeriksa pejabat-pejabat agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen Malaysia dan pusat rekreasi belia Kementerian Belia dan Sukan.
Najib Razak
Najib Razak
Perdana Menteri beramah mesra bersama belia di Pusat Rekreasi Belia, Kementerian Belia dan Sukan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu. - Gambar Astro AWANI / Malik Ridhwan
Menurut Najib, hasil tinjauan beliau mendapati rakyat berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan semasa melakukan urusan mendapatkan atau memperbaharui dokumen-dokumen kerajaan seperti MyKad dan Pasport Antarabangsa.
"Secara keseluruhan, saya dapati keadaan fizikal berada dalam keadaan yang baik. Saya juga berkesempatan meninjau mutu perkhidmatan yang disediakan dan dapati orang ramai atau rakyat berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan.
"Semuanya berjalan dengan begitu baik dan memenuhi piawaian yang ditetapkan umpamanya pasport boleh didapati dalam tempoh masa tidak kurang dari 1 jam," katanya ketika ditemui Astro AWANI, di sini hari ini.
Tambah beliau, waktu operasi yang dipanjangkan juga memberi kelonggaran kepada pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan di luar waktu pejabat.
"Ini menunjukkan apa yang kerajaan lakukan demi memberi keselesaan kepada rakyat di bawah satu bumbung di mana mereka boleh mendapatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di sini.
"UTC juga dibuka pada hari Sabtu dan Ahad di mana waktu tersebut didapati bahawa (jumlah) pelanggan melebihi hari-hari biasa," katanya.
Najib juga mengemas kini akaun Twitternya mengenai lawatan ke UTC tersebut:
Baru sahaja tiba di UTC Pudu untuk urusan di Jabatan Pendaftaran Negara dan memeriksa perkhidmatan sedia ada di sini pic.twitter.com/KSNVIIe2s1
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) November 26, 2015
Saya ke Jbtn Pendaftaran Negara utk gantikan sijil lahir & dlm masa kurang daripada 30 minit dah siap. Terima kasih. pic.twitter.com/4wztSE29fS
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) November 26, 2015
Menurut peniaga di Medan Selera UTC, pelanggan kurang krn pemindahan terminal bas & perkhidmatan UTC pantas & cekap. pic.twitter.com/QzcophuWWS
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) November 26, 2015
Hampir setiap minggu mereka main futsal di UTC Pudu kerana kelengkapan yang bagus & sewa gelanggang yang berpatutan pic.twitter.com/6MWpxw9pZw
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) November 26, 2015
Dari segi mutu perkhidmatan, rata2 yg dtg beritahu saya mereka amat berpuas hati dgn kualiti perkhidmatan diberikan https://t.co/Bo2jW8dq3a
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) November 26, 2015
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#UTC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan