awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kunjungan Xi perkukuhkan hubungan dagang dua hala - Mohamad Hasan

Bernama
Bernama
12/04/2025
11:45 MYT
Kunjungan Xi perkukuhkan hubungan dagang dua hala - Mohamad Hasan
Lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia pada minggu depan bakal memperkukuh hubungan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan. - Gambar fail/BERNAMA
REMBAU: Lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia pada minggu depan bakal memperkukuh hubungan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata lawatan itu telah lama dirancang.
"Tahun ini Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, banyak rangka kerja yang perlu kita uruskan terutamanya bilateral Malaysia-China dan ASEAN-China.
"Pada Mei nanti, akan berlangsung Sidang Kemuncak ASEAN GCC-China untuk pastikan hubungan dagang itu diperkukuhkan serta negara ASEAN dapat meningkatkan perdagangan sesama sendiri terutamanya keadaan ketidaktentuan ekonomi dunia masa kini," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Luar dan Parlimen Rembau di Kampung Tanjung, Rantau di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Malaysia akan menerima lawatan negara Xi yang dijadual bermula 15 hingga 17 April ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil berkata lawatan negara itu bukan sahaja dinanti-nantikan, malah mencerminkan hubungan perdagangan yang lebih baik antara Kuala Lumpur-Beijing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden China Xi Jinping
#Lawatan Negara ke Malaysia
#Mohamad Hasan
#Hubungan perdagangan dua hala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan