awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kurang taburan hujan punca berlaku kebakaran di Malaysia

Fareez Azman
Fareez Azman
26/08/2019
07:26 MYT
Kurang taburan hujan punca berlaku kebakaran di Malaysia
MET Malaysia menjangkakan Monsun Barat Daya yang melanda negara akan berakhir pertengahan September.
Taburan hujan yang berkurangan sehingga 50 peratus di beberapa kawasan di negara ini menjadi faktor berlakunya kebakaran hutan.
Untuk rekod, pada bulan ini sahaja, taburan hujan yang dicatat kurang daripada 50 peratus berbanding tahun lepas iaitu kurang daripada 200 atau bawah 100 milimeter.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon,keadaan itu akan berlanjutan sehingga pertengahan bulan September depan.
"Beberapa negeri terutamanya di Selatan dan tengah Johor, Pahang, barat Perak serta beberapa kawasan di Sarawak kita memang mengalami masalah agak kering.
"Kita jangkakan perkara ini akan pulih apabila tamatnya Monsun Barat Daya pada pertengahan atau penghujung bulan September.
"Keadaan cuaca ini biasa setiap tahun, cuma tahun ini di beberapa kawasan itu agak kering berbanding biasa," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
Dari sudut suhu pula, pemerhatian MetMalaysia mendapati bacaannya sama seperti tahun sebelumnya khususnya di selatan dan tengah Johor serta Pahang, Barat Perak, Negeri Sembilan dan Melaka serta di Miri dan Sri Aman Sarawak.
Bagaimanapun sehingga kini, Jailan berkata, belum ada proses pembenihan awan dilakukan kerana keadaan cuaca, awan dan angin tidak sesuai.
Beberapa kebakaran hutan direkodkan di negara ini antaranya di Kampung Pekajang di Iskandar Puteri Johor dan di Kuala Baram, Miri Sarawak yang mencetus kebimbangan. BACA: Kebakaran hutan di Iskandar Puteri sudah merebak ke 98 hektar
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Awani
#barat daya
#cuaca
#hutan
#Johor
#kebakaran
#Kering
#Kurang
#Malaysia
#MET
#meteorologi
#Miri
#monsun
#Negeri Sembilan
#Pahang
#punca
#Puteri
#Sarawak
#September
#Taburan hujan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan