awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kurang tenaga kerja, sektor perladangan rugi RM20 bilion tahun lepas

Bernama
Bernama
08/03/2022
04:30 MYT
Kurang tenaga kerja, sektor perladangan rugi RM20 bilion tahun lepas
Antara sektor yang paling terkesan ialah perladangan kelapa sawit yang bergantung kepada tenaga buruh asing. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Masalah kekurangan tenaga kerja akibat impak pandemik COVID-19 mengakibatkan sektor perladangan kerugian sehingga RM20 bilion tahun lepas, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
Beliau berkata antara sektor yang paling terkesan ialah perladangan kelapa sawit yang bergantung kepada tenaga buruh asing.
Justeru katanya, kementerian sedang membuka pendaftaran dan menentukan kuota bagi membawa masuk pekerja asing hujung bulan ini bagi memenuhi keperluan sektor itu.
"(Warga) tempatan tidak tunjuk minat walaupun hampir setahun kita cari dan peluang diberikan, (sehingga kini) masih belum menunjukkan minat dalam sektor ini," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata, mengambil kira perubahan teknologi yang semakin rancak, kerajaan memberi penekanan kepada aspek latihan dan program pembangunan tenaga kerja.
Beliau berkata, ini bagi mewujudkan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi dan kompeten serta menampung keperluan industri semasa dan keperluan masa hadapan.
"Belanjawan 2022 telah diperuntukkan Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia bertemakan 'Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera' mendukung matlamat menurunkan kadar pengangguran melalui penyediaan 600,000 peluang pekerjaan pada tahun ini dengan peruntukan RM4.8 bilion," katanya menjawab soalan S. Kesavan (PH-Sungai Siput), hari ini.
Ahli Parlimen itu ingin mengetahui visi dan dasar baharu kerajaan Malaysia berhubung latihan dan pembangunan serta tindakan yang diambil bagi memastikan usaha itu dapat dicapai mengikut kerangka masa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tenaga kerja
#pandemik
#Sektor Perladangan
#M Saravanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan