awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KUSKOP adakan sesi libat urus pertama MPUKPPD zon utara - Ewon

Bernama
Bernama
29/06/2024
20:45 MYT
KUSKOP adakan sesi libat urus pertama MPUKPPD zon utara - Ewon
Ewon berkata ,sesi tersebut diadakan bagi memaklumkan cadangan pelaksanaan MPUKPPD di empat negeri di zon utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak selain mendengar pandangan setiap wakil negeri. - Gambar FB KUSKOP
GEORGE TOWN: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) pada Sabtu mengadakan sesi libat urus pertama berhubung cadangan pelaksanaan Majlis Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Peringkat Daerah (MPUKPPD) bagi negeri-negeri zon utara.
Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata sesi tersebut diadakan bagi memaklumkan cadangan pelaksanaan MPUKPPD di empat negeri di zon utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak selain mendengar pandangan setiap wakil negeri.
"Objektif utama MPUKPPD ini adalah untuk menguruskan pembangunan usahawan dan koperasi di peringkat daerah selain membantu menyelesaikan isu membabitkan pihak terlibat dengan lebih efektif dan efisien.
"Minggu lepas kita telah mengadakan sesi libat urus yang sama di Sarawak dan cadangan ini diterima baik. Begitu juga Sabah yang telah melaksanakan MPUKPPD sebagai projek rintis tahun lepas," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sehubungan itu, Ewon berharap cadangan tersebut akan diterima baik oleh negeri-negeri lain di Semenanjung.
Turut hadir pada sesi berkenaan ialah Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Seri Suriani Ahmad; Timbalan Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Zamri Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Rusli Jaafar; Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil, Azizul Alias, wakil-wakil pejabat setiausaha kerajaan negeri dan pegawai daerah. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#projek rintis
#Kuskop
#sesi libat urus
#MPUKPPD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan