awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KUSKOP tangguh projek pembangunan, bantuan usahawan diteruskan - Noh

Bernama
Bernama
16/07/2022
12:20 MYT
KUSKOP tangguh projek pembangunan, bantuan usahawan diteruskan - Noh
Tan Sri Noh Omar berkata bagaimanapun, program pembangunan usahawan tetap diteruskan kerana ia merupakan agenda utama KUSKOP untuk membantu golongan tersebut bangkit terutama dalam situasi ekonomi kini. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan mengambil langkah menangguhkan projek-projek pembangunan sebagai usaha penjimatan kementeriannya seiring dengan arahan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia bertajuk 'Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam'.
Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata bagaimanapun, program pembangunan usahawan tetap diteruskan kerana ia merupakan agenda utama KUSKOP untuk membantu golongan tersebut bangkit terutama dalam situasi ekonomi kini.
"KUSKOP antara kementerian yang dapat peruntukan paling kecil sebab kita tidak ada banyak program pembangunan. Kita banyak menggunakan agensi-agensi sedia ada (di bawah KUSKOP) untuk membantu usahawan.
"Kalau kata (program) pembangunan mungkin kita tangguh dahulu tetapi untuk membantu usahawan, kita kena berterusan sebab ramai yang baru hendak bangkit semula... Peruntukan yang ada di kementerian saya ini, kita akan lebih banyak belanjakan untuk bantu mereka," katanya selepas merasmikan program Malaysia Sports League (MSL) 2022 peringkat negeri di sini, hari ini.
Noh mengulas mengenai laporan sebuah media tempatan semalam yang menyatakan semua kementerian, jabatan, agensi, badan berkanun Persekutuan dan syarikat terhad dengan jaminan (CLBG) diarah melaksanakan langkah penjimatan dalaman dengan mengoptimumkan perbelanjaan, bagi membolehkan penjimatan itu disalurkan untuk kesejahteraan rakyat.
Arahan itu dikeluarkan menerusi Pekeliling Perbendaharaan Malaysia bertajuk 'Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam' ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Datuk Seri Asri Hamidon dan berkuat kuasa mulai Rabu lepas.
Terdahulu, Noh berkata lebih 2,000 penyertaan direkodkan bagi MSL 2022 di peringkat daerah yang berakhir 5 Jun lepas dengan lima jenis sukan dipertandingkan iaitu futsal, bola jaring, sepak takraw, bola keranjang dan badminton.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kuskop
#projek pembangunan
#bantuan usahawan
#Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam
#Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
#Noh Omar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan