awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri hingga 2 pagi - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KWSP sedia RM10 juta untuk program bantu mangsa banjir

Bernama
Bernama
19/12/2021
14:01 MYT
KWSP sedia RM10 juta untuk program bantu mangsa banjir
KWSP memperuntukkan sejumlah RM10 juta bagi membantu usaha bantuan dan pemulihan banjir kepada komuniti yang terjejas.
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperuntukkan sejumlah RM10 juta bagi membantu usaha bantuan dan pemulihan banjir kepada komuniti yang terjejas selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
KWSP dalam satu kenyataan hari ini berkata bantuan itu akan disalurkan melalui pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak balas terhadap bencana dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Pelaburan Kerajaan (GDRN).
"Sebagai tambahan kepada komitmen kewangan, KWSP akan menawarkan penggunaan Kampus Pembelajaran KWSP (ELC) di Bangi, yang menyediakan 152 bilik dengan kemudahan penuh, kepada mereka yang telah dipindahkan berikutan banjir serta perkhidmatan kecemasan yang telah bertindak balas terhadap krisis ini.
"Sebagai tanda sokongan dan solidariti, warga KWSP juga sedang mengumpul dana melalui Program Kongsi Rezeki KWSP bagi membantu mangsa banjir, selain menggerakkan sumber di cawangan KWSP di seluruh negara untuk memastikan kesinambungan perniagaan di kawasan yang terjejas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KWSP
#Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
#banjir
#bantuan banjir
#Menteri Kewangan
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan