awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
Malaysia perbaiki kedudukan ke-54 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Labuan catat 132 kes jenayah sejak Januari hingga 2 Disember

Bernama
Bernama
09/12/2021
10:05 MYT
Labuan catat 132 kes jenayah sejak Januari hingga 2 Disember
Kes yang dicatat setakat ini (Januari hingga 2 Disember) menunjukkan petanda bahawa masyarakat setempat menyedari kepentingan pencegahan jenayah. - Gambar fail/Bernama
LABUAN: Kes jenayah di Labuan mencatatkan 132 kes sejak Januari hingga 2 Disember lepas, kata Ketua Polis Daerah Labuan Supt Ahmad Jawila.
Beliau berkata jenayah kekerasan mencatatkan 14 kes manakala 118 kes melibatkan jenayah harta benda.
"Keseluruhannya sebanyak 161 kes jenayah dicatatkan di Labuan sepanjang tahun lepas.
"Kes yang dicatat setakat ini (Januari hingga 2 Disember) menunjukkan petanda bahawa masyarakat menyedari kepentingan pencegahan jenayah dan ini kita lihat banyak disumbangkan melalui program komuniti kepolisan," katanya kepada Bernama hari ini.
Ahmad berkata Kampung Sungai Labu diisytiharkan sebagai kampung contoh apabila mencatatkan sifar kes jenayah setakat ini berbanding empat kes tahun lepas.
Beliau dalam pada itu turut mengingatkan masyarakat supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam memerangi COVID-19 dengan kemunculan varian baharu Omicron.
Katanya sebanyak 13 pasukan pemantau melaksanakan operasi pematuhan Op COVID-19 di seluruh Labuan dan kompaun akan dikeluarkan kepada mereka yang ingkar serta tidak mematuhi SOP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Labuan
#kes jenayah
#polis
#Masyarakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan