awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lacurkan anak sendiri untuk bayar hutang

Hakim Rahman
Hakim Rahman
10/10/2017
12:37 MYT
Lacurkan anak sendiri untuk bayar hutang
Seorang ibu muda berusia 30 tahun tergamak melacurkan anak sendiri hanya kerana ingin melangsaikan hutang.
Mangsa yang berusia 14 tahun bekerja di sebuah pusat karaoke dipaksa melakukan hubungan seks dengan lelaki tidak dikenali di sebuah hotel di Lawas, Sarawak oleh ibunya dan pemilik pusat karaoke berkenaan.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar, mangsa melihat lelaki berkenaan membayar RM1,000 kepada pemilik pusat karaoke itu.
“Kejadian dipercayai berlaku sekitar April lalu dan mangsa mendakwa lelaki tersebut telah merogolnya sebanyak tiga kali di sebuah bilik di hotel.
“Mangsa keluar daripada hotel itu pada keesokan harinya dan tidak menceritakan kejadian tersebut kepada sesiapa,” katanya ketika dihubungi.
Kejadian ini baru diketahui oleh ketua kampung di mana mangsa tinggal yang kemudian membawanya ke Balai Polis Lawas untuk membuat laporan.
Susulan laporan berkenaan polis menahan ibu mangsa dan juga pemilik pusat karaoke berkenaan pada Ahad dan direman tiga hari bagi membantu siasatan.
Tambah Dev, pihaknya turut menahan suspek lelaki yang dipercayai melakukan hubungan seks dengan mangsa selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#hutang
#ibu muda
#jenayah
#lacurkan anak
#PDRM
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan