awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi lima plaza tol akan mula transaksi elektronik sepenuhnya

Astro Publication
Astro Publication
11/08/2015
08:08 MYT
Lagi lima plaza tol akan mula transaksi elektronik sepenuhnya
Bermula 9 September nanti, pihak PLUS akan memulakan transaksi elektronik sepenuhnya di lima plaza tol di bahagian utara Semenanjung. Ini termasuk di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Plaza Tol Jitra dan Plaza Tol Bukit Kayu Hitam (di Lebuhraya Utara-Selatan); serta Plaza Tol Lunas dan Plaza Tol Kubang Semang (di Lebuhraya Butterworth-Kulim BKE).
Bermula pada tarikh tersebut, semua transaksi tol di kesemua plaza tol terbabit akan dikendalikan sepenuhnya secara elektronik sama ada menerusi kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG.
“Bagi membantu orang ramai beralih kepada sistem elektronik dengan lebih mudah, orang ramai berpeluang mendapatkan kad PLUSMiles Touch ‘n Go (dengan nilai tambah RM5) dengan harga promosi RM5 (kad percuma) di ke semua plaza tol terbabit mulai sekarang sehingga 31 Disember yang akan datang,” jelas Mohammad Fuad Khusairi, Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS).
Selain daripada itu, orang ramai juga berpeluang mendapatkan SmartTAG dengan harga istimewa RM96 (termasuk 6% GST) berbanding harga biasa RM127.20 (termasuk 6% GST) sehingga 30 September ini di kelima-lima plaza tol tersebut (selagi stok masih ada). Sementara itu, orang ramai yang membayar tol secara elektronik di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Jitra, Bukit Kayu Hitam, Lunas dan Kubang Semang boleh menikmati penjimatan bayaran tol bermula 1 September hingga 31 Disember yang akan datang.
“Penjimatan tersebut diperolehi melalui tawaran rebat tol sebanyak 20 peratus yang diberikan oleh PLUS untuk pengguna Kenderaan Kelas 1 yang membayar tol menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG di kelima-lima plaza tol tersebut,” tambah Fuad. Namun demikian, pengguna Kenderaan Kelas 1 yang menikmati diskaun tol sedia ada di Jambatan Pulau Pinang tidak akan menerima rebat tol yang dinyatakan.
Gambar oleh: Britney Lindsay [CC BY-SA 2.0], Suryasuharman [CC BY-SA 3.0]
Topic Berkaitan
#
# lebuhraya
# tol
# Touch n Go
#PLUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan