awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi pegawai kanan tentera ditahan, disyaki terlibat rasuah

Bernama
Bernama
04/02/2026
10:35 MYT
Lagi pegawai kanan tentera ditahan, disyaki terlibat rasuah
Lelaki itu ditahan pada kira-kira 4.30 petang semalam ketika hadir ke Pejabat SPRM Negeri Sembilan.
SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan seorang pegawai kanan tentera kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM28,000 sejak dua tahun lepas.
Suapan itu didakwa sebagai dorongan bagi penyambungan kontrak perkhidmatan operator gambar, penjualan cenderamata fotografi serta daripada kontraktor yang mendapat kerja di tempat beliau bertugas.
Lelaki berusia lingkungan 50-an itu direman selama enam hari sehingga 9 Feb bagi membantu siasatan, selepas perintah reman dikeluarkan Majistret Sara Afiqah Zulkifli di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Menurut sumber, lelaki itu ditahan pada kira-kira 4.30 petang semalam ketika hadir ke Pejabat SPRM Negeri Sembilan.
"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara 2024 hingga 2025 ketika bertugas sebagai pengarah. Suspek disyaki menerima wang rasuah antara RM500 hingga RM3,000 setiap bulan melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi miliknya," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#rasuah tentera
#Negeri Sembilan
#pegawai kanan tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan