awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laksana segera resolusi gencatan senjata penuh di Gaza

Astro Awani
Astro Awani
11/06/2024
08:45 MYT
Laksana segera resolusi gencatan senjata penuh di Gaza
Sambil mengalu-alukan keputusan dicapai UNSC berkenaan resolusi itu, Wisma Putra menegaskan, ia perlu dilaksana segera bagi menghentikan kekejaman dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin. - Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR : Malaysia menggesa resolusi gencatan senjata penuh di Gaza yang diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Isnin dilaksanakan sepenuhnya dengan segera.
Sambil mengalu-alukan keputusan dicapai UNSC berkenaan resolusi itu, Wisma Putra dalam kenyataan menegaskan, ia perlu dilaksana segera bagi menghentikan kekejaman dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin.
"Resolusi itu menggesa gencatan senjata penuh segera dilaksanakan, pembebasan tawanan, pertukaran banduan Palestin dan pengunduran tentera Israel berdasarkan tiga fasa yang dicadangkan Amerika Syarikat (AS).
"Resolusi itu turut menggesa penyaluran bantuan kemanusiaan secara efektif dan pelan pembangunan semula di Gaza," jelas Wisma Putra.
UNSC pada Isnin meluluskan resolusi yang menyokong cadangan gencatan senjata Gaza yang diumumkan oleh Presiden AS, Joe Biden.
Resolusi yang digubal oleh AS itu disokong 14 daripada 15 negara anggota UNSC dengan Rusia mengambil pendirian berkecuali.
Resolusi yang diluluskan itu menekankan usaha diplomatik yang diketuai oleh Mesir, AS dan Qatar, serta mengalu-alukan cadangan tiga fasa Biden yang dibentangkan pada akhir Mei.
Wisma Putra dalam pada itu mengulangi sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada pembentukan Palestin dan penerimaannya sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#Gaza
#Palestin
#Wisma Putra
#resolusi
#UNSC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan