awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langgar belakang kereta dan samun, empat ditahan di Klang

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
19/04/2021
01:16 MYT
Langgar belakang kereta dan samun, empat ditahan di Klang
Suspek bertindak memecahkan cermin kereta dan menarik mangsa keluar dari kenderaan lalu bertindak memukul mangsa menggunakan kayu. - Foto media sosial
KLANG: Polis menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam kes samun sehingga mendatangkan kecederaan di Taman Sentosa, Klang, pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli, kejadian dipercayai berlaku pada 4.40 petang melibatkan dua mangsa.
"Siasatan awal mendapati, kereta dipandu mangsa bersama sepupunya dilanggar dari belakang oleh kereta dinaiki empat suspek.
"Suspek telah bertindak memecahkan cermin kereta dan menarik mangsa keluar dari kenderaan lalu bertindak memukul mangsa menggunakan kayu.
"Suspek turut merampas telefon bimbit milik sepupu mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jenayah | Empat lelaki langgar kereta, samun ditahan polis
Mengulas lanjut, Shamsul Amar berkata, kesemua suspek telah berjaya ditahan dan kesemua mereka didapati positif dadah jenis Methamphetamine.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 394/427 Kanun Keseksaan," jelasnya.
Topic Berkaitan
#suspek
#langgar dari belakang
#samun
#siasatan
#kereta
#mangsa
#Dadah
#polis
#Klang
#pecah cermin kereta
#kayu
#Telefon bimbit
#Shamsul Amar Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan