awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langgar syarat lesen, lima kru Myanmar ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
07/07/2022
02:30 MYT
Langgar syarat lesen, lima kru Myanmar ditahan
Lima kru bot Myanmar ditahan kerana tidak mempunyai permit kerja dan memiliki dokumen pengenalan diri mencurigakan. -Foto Sinar Harian
KUANTAN: Sebuah bot nelayan tempatan ditahan bersama tekong dan empat awak-awak warga Myanmar kerana disyaki melanggar syarat lesen pada Ahad lalu.
Bot kelas C yang mencurigakan itu ditahan untuk pemeriksaan kira-kira jam 2.05 petang di lokasi kira-kira 20 batu nautika dari Muara Kuala Pahang di sini.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, hasil pemeriksaan dilakukan mendapati ada dalam kalangan kru bot tersebut tidak memiliki permit kerja dan memiliki dokumen pengenalan diri mencurigakan.
Menurutnya, dalam pemeriksaan itu, anggotanya turut merampas 950 kilogram hasil laut dan peralatan menangkap ikan.
"Semua kru bot dan barang rampasan dibawa ke Jeti Penerpa di sini sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
'Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Kamal Ariffin berkata, komuniti maritim terutamanya nelayan tempatan diingatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang dan syarat lesen selain mengutamakan keselamatan apabila berada di laut.
"Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut komuniti maritim boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#Myanmar
#Akta Imigresen
#Bot kelas C
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan