awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lantik ahli Dewan Negara dalam RCI TH - Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara

Bernama
Bernama
16/07/2021
03:13 MYT
Lantik ahli Dewan Negara dalam RCI TH - Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara
Razali berkata penubuhan RCI itu diharap akan menaikkan semula reputasi syarikat konglomerat kewangan Islam utama di Malaysia dan global itu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara mencadangkan Ahli Dewan Negara dilantik menyertai keanggotaan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu berbangkit mengenai pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH).
Pengerusinya Senator Datuk Razali Idris berkata penubuhan RCI itu diharap akan menaikkan semula reputasi syarikat konglomerat kewangan Islam utama di Malaysia dan global.
"Menerusi RCI kelak, TH dijangka memulihkan semula imej dan membina kembali identiti pengiktirafan dunia sebagai contoh pengurusan haji dan perkhidmatan kewangan Islam yang inovatif dalam kalangan negara Islam.
"Dalam hal ini, Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara yakin siasatan RCI kelak membolehkan TH yang mempunyai lebih 50 tahun pengalaman dalam deposit, perkhidmatan dan operasi haji serta pelaburan dana akan memberi pulangan kepercayaan yang diyakini kepada lebih 10 juta pendeposit," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Kerajaan setuju tubuh RCI siasat Lembaga Tabung Haji - TPM
Razali yang juga Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia berkata pendeposit mempunyai hak mutlak menerusi RCI untuk mendapatkan kebenaran dan maklumat tepat berhubung tadbir urus, integriti dan operasi yang berlaku antara 2014 hingga 2020.
Sebelum ini kerajaan mengumumkan penubuhan RCI di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai TH susulan mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Julai lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RCI
#Tabung Haji
#Dewan Negara
#Malaysia
#integriti
#Razali Idris
#Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan