awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan sekeluarga antara ditahan positif dadah di Miri

Bernama
Bernama
20/07/2019
06:34 MYT
Lapan sekeluarga antara ditahan positif dadah di Miri
Kesemua disiasat dibawah seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 pindaan 1998. - Gambar hiasan
Lapan sekeluarga adalah antara 27 individu ditahan positif dadah dalam operasi bersepadu hampir lima jam di dua lokasi di bandaraya Miri.
Ketua Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri Mazlan Jikran berkata, lapan sekeluarga yang ditahan kerana positif dadah itu ialah seorang bapa berusia 59 bersama dengan tiga anaknya iaitu seorang wanita serta dua lelaki masing-masing berusia 25, 26 dan 29 tahun.
"Turut ditahan bersama juga ialah menantu lelaki berusia 26 tahun, dua anak saudara iaitu seorang lelaki berusia 27 tahun serta seorang wanita berusia 33 tahun dan adik kepada bapa keluarga tersebut yang berusia 55 tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu sambil menyatakan operasi bermula 10.30 malam (19 Julai) hingga 4 pagi (20 Julai).
Mazlan berkata, secara keseluruhan dari 27 individu yang ditahan seramai 23 orang ialah lelaki serta empat wanita yang berumur dari 13 hingga 60 tahun termasuk seorang warga asing Indonesia dengan lokasi kawasan operasi di Taman Desa Senadin dan Kampung Wireless.
Menurutnya lagi, kesemua disiasat di bawah seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 pindaan 1998 dan untuk warga asing tersebut melibatkan seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#lapan sekeluarga ditahan
#PDRM
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan