awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan interim audit 1MDB diserahkan kepada PAC hari ini

Anthea Yap
Anthea Yap
09/07/2015
00:14 MYT
Laporan interim audit 1MDB diserahkan kepada PAC hari ini
MAS ERMIEYATI: Sementara siasatan dan apa pun kita perlu beri kepercayaan kepada pucuk pimpinan untuk menyelesaikan masalah yang ada.
Laporan interim Audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan diserahkan kepada mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini.
Ahli Jawatankuasa PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin meminta orang ramai tidak terburu-buru mempercayai sumber berita yang tidak sahih yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.
Beliau yang juga ketua puteri UMNO berkata orang ramai harus bertenang dan tidak terpengaruh dengan spekulasi yang dihadapi negara ketika ini.
Orang ramai perlu memberi peluang kepada pasukan petugas khas untuk menjalankan siasatan dengan penuh integriti tanpa gangguan daripada pihak luar.
“Esok pun ada mesyuarat PAC jadi saya rasa bia pihak berkuasa melaksanakan tugas-tugas itu. Sementara siasatan dan apa pun kita perlu beri kepercayaan kepada pucuk pimpinan untuk menyelesaikan masalah yang ada”, katanya.
Jelasnya, perbincangan yang diadakan pac sebelum ini berjalan lancar dan semua pihak telibat telah memberi kerjasama penuh bagi isu 1-MDB.
Mas Ermieyati berkata demikian pada majlis berbuka puasa bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di ibu negara pada Rabu.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Mas Ermieyati Samsudin
#PAC
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan