awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan lengkap insiden kren tumbang Mekah siap Disember

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
02/11/2015
02:16 MYT
Laporan lengkap insiden kren tumbang Mekah siap Disember
Menurut Tabung Haji, proses perbincangan bersama kerajaan Arab Saudi sedang dijalankan untuk tujuan tuntutan pampasan.
Laporan lengkap berhubung insiden kren tumbang membabitkan jemaah haji Malaysia di Masjidil Haram pada 11 September lalu dijangka siap bulan depan.
Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata proses perbincangan bersama kerajaan Arab Saudi sedang dijalankan untuk tujuan tuntutan pampasan.
"Tetapi yang penting sekarang ini kita tengah buka untuk kuota haji bulan Disember ini.
"Kita akan mulakan proses untuk pergi ke sana dan berbincang bagaimana untuk mendapatkan wang yang dijanjikan oleh kerajaan Arab Saudi.
"Tabung Haji sedang buat post mortem apa yang berlaku pada musim haji yang lalu dan kita akan maklumkan nanti (laporan lengkap kren tumbang) pada bulan Disember InsyaAllah," katanya ketika ditemui selepas menghadiri 'Program Perpaduan Deepavali Bersama Masyarakat India Parlimen Baling' di Kuala Ketil, Kedah pada Ahad.
Menurut Abdul Azeez, surat tawaran haji bagi musim depan juga akan dikeluarkan pihak Tabung Haji menjelang Disember ini.
Dalam kejadian 5 petang pada 11 Sept lalu, lebih 100 jemaah haji terkorban manakala beratus lagi cedera selepas kren binaan tumbang menghempap bangunan Masjidil Haram, selepas umat Islam selesai mengerjakan solat Asar.
Daripada jumlah itu, tujuh jemaah haji Malaysia telah dilaporkan terkorban.
Topic Berkaitan
#Abdul Azeez Abdul Rahim
#jemaah haji
#kren
#laporan lengkap
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan