awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan penuh prosiding bayaran balik GST sebelum sesi Parlimen berakhir

Diyana Ibrahim
Diyana Ibrahim
23/10/2018
07:41 MYT
Laporan penuh prosiding bayaran balik GST sebelum sesi Parlimen berakhir
Irwan merupakan antara saksi dalam kes tuntutan tunggakan GST berjumlah RM19.4 bilion.
Laporan penuh berhubung tuntutan tunggakan bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diharap akan dapat disiapkan sebelum sidang Parlimen bagi sesi kali ini berakhir.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kira- Kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, beliau turut berpuas hati dengan jawapan yang diberikan saksi bagi kes itu pada hari ini iaitu bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
“Prosiding (PAC) hari ini singkat dan kita cuma bertanya perkara yang lanjutan daripada keterangan yang diberi sebelum ini.
“Dijangka laporan akan dapat siap sepenuhnya pada sebelum sesi Parlimen ini berakhir,” katanya yang ditemui media selepas mempengerusikan Mesyuarat PAC hari ini di Parlimen.
Irwan merupakan antara saksi dalam kes tuntutan tunggakan GST berjumlah RM19.4 bilion.
Selain Irwan, PAC turut memanggil bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Sementara itu Timbalan Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata Najib akan hadir dalam prosiding berhubung tuntutan kes itu esok.
Katanya PAC akan bersedia melengkapkan rumusan selepas saksi terakhir Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dipanggil.
Topic Berkaitan
#cukai
#GST
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#Lim Guan Eng
#menteri
#Najib Razak
#PAC
#Parlimen
#Perdana Menteri
#Ronald Kiandee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan