awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan siasatan pemandu pelancong maut dihempap batu dibawa ke MMK esok - Exco

Bernama
Bernama
16/04/2024
10:40 MYT
Laporan siasatan pemandu pelancong maut dihempap batu dibawa ke MMK esok - Exco
Loh Sze Yee berkata hasil siasatan insiden berkenaan telah dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Pembangunan Kawasan Gua dan Kaki Bukit Negeri Perak yang berlangsung semalam. - Gambar fail
PARIT BUNTAR: Laporan siasatan mengenai kejadian seorang pemandu pelancong warga tempatan yang maut ditimpa bongkah batu di Perkampungan Riadah dan Budaya Qing Xin Ling di sini, minggu lalu akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak, esok.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak Loh Sze Yee berkata hasil siasatan insiden berkenaan telah dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Pembangunan Kawasan Gua dan Kaki Bukit Negeri Perak yang berlangsung semalam.
"Jadi, laporan siasatan yang diperoleh daripada mesyuarat itu akan dibawa kepada MMK dan akan dibincangkan esok bagi mendapatkan syor-syor dan keputusan daripada pihak berkuasa negeri dan ia akan diumumkan kemudian," katanya.
Loh berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai laporan insiden berkenaan semasa menghadiri majlis perasmian Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 50 Megawatt (MW) dan Penyerahan Surat Tawaran Pinjaman Perumahan Perak Sejahtera (PPPS) kepada 30 penduduk setinggan di rizab Sungai Kerian yang disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad di sini hari ini.
Pada 8 April lalu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad mengesahkan seorang lelaki warga tempatan berusia 44 tahun, maut akibat ditimpa batu di kawasan perkampungan itu dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 11.30 pagi.
Ketika kejadian, mangsa yang berasal dari Pulau Pangkor sedang membawa rakannya warga Vietnam melawat tempat pelancongan tersebut.
Susulan itu, kawasan pelancongan berkenaan ditutup sementara sehingga laporan penuh insiden itu disiapkan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemandu pelancong maut
#bongkah batu
#Perkampungan Riadah dan Budaya
#Qing Xin Ling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan