awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Stefano Gabbana letak jawatan pengerusi Dolce & Gabbana
PM fokus ekonomi, tolak tepi kemelut Rafizi, PKR
Bekas Pengerusi SPR Mohd Hashim Abdullah meninggal dunia 
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Larangan pemanduan kenderaan barangan serta logistik pada 19, 20, 28 dan 29 Mac

Bernama
Bernama
18/03/2026
13:00 MYT
Larangan pemanduan kenderaan barangan serta logistik pada 19, 20, 28 dan 29 Mac
Pelaksanaan larangan ini mengambil kira keseimbangan antara kelancaran trafik dengan keperluan operasi kritikal. - Gambar fail
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Larangan pemanduan kenderaan barangan dan logistik pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini akan berkuat kuasa pada 19 dan 20 Mac serta 28 dan 29 Mac ini.
Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan larangan itu bagi memastikan kelancaran trafik, mengurangkan risiko kemalangan serta menjadikan perjalanan pulang ke kampung lebih selesa dan selamat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
“Pelaksanaan larangan ini mengambil kira keseimbangan antara kelancaran trafik dengan keperluan operasi kritikal.
“Orang ramai digalakkan merancang perjalanan dengan baik dan mematuhi peraturan demi keselamatan bersama,” menurut MOT menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Dalam hantaran berasingan, kementerian itu memaklumkan bagaimanapun, beberapa kategori kenderaan berat dibenarkan beroperasi dengan had masa tertentu pada tarikh berkenaan antaranya lori kontena dan kargo, iaitu dari 8 pagi hingga 8 malam, manakala kenderaan pembinaan pula bermula pada 6 pagi hingga 6 petang dalam lingkungan 25 kilometer.
MOT memaklumkan pengecualian turut diberikan kepada perkhidmatan kritikal seperti operasi kecemasan, pengangkutan dari pelabuhan dan lapangan terbang serta bekalan keperluan asas.
“Pendekatan ini mencerminkan komitmen MOT dalam memastikan keselamatan dan kelancaran trafik tanpa menjejaskan operasi penting negara,” menurut kementerian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOT
#kenderaan berat
# larangan
#aliran trafik
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan