awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Latihan amali pilihan raya untuk polis Perak

Bernama
Bernama
06/02/2013
06:44 MYT
Latihan amali pilihan raya untuk polis Perak
Polis Perak akan mengadakan Latihan Amali Ex-Ballot pada 24 dan 25 Feb ini sebagai persediaan pasukan keselamatan itu menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata latihan yang melibatkan semua kontinjen polis di peringkat daerah bertujuan memberi gambaran kepada anggota mengenai situasi perjalanan pilihan raya.
"Latihan itu juga diadakan untuk memberi panduan mengenai tanggungjawab dan pengetahuan undang-undang supaya ia memudahkan tugasan pegawai dan anggota semasa pilihan raya sebenar berlangsung nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.
Beliau berkata selama dua hari itu, orang ramai akan melihat pergerakan lebih ketara anggota polis di kawasan tertentu dan mereka tidak perlu bimbang kerana ia sebahagian daripada latihan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Datuk Mohd Shukri Dahlan
#Latihan Amali Ex-Ballot
#pilihan raya
#polis perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan