awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan Ahmad Zahid tiada kaitan isu pergolakan politik di Sabah

Sinar Harian
Sinar Harian
07/01/2024
21:15 MYT
Lawatan Ahmad Zahid tiada kaitan isu pergolakan politik di Sabah
Ahmad Zahid ketika mengadakan pertemuan dan sesi ramah mesra dengan Ketua-ketua Bahagian UMNO Sabah di Kota Kinabalu, 7 Jan 2024. --fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Ke Sabah bermula Ahad sehingga Isnin tiada kaitan dengan isu pergolakan politik seperti yang disiarkan oleh beberapa portal.
Sebaliknya, kehadiran Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ke Sabah merupakan lawatan kerja rasmi beliau.
Setiausaha Politiknya, Datuk Jamal Nerubi berkata, kehadiran Presiden UMNO itu ke Sabah adalah untuk memenuhi jemputan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick bagi merasmikan majlis Peluncuran Pembangunan Kadamaian sempena Majlis Rumah Terbuka Krismas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian tersebut.
"Kita nafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut, lawatan ini adalah lawatan kerja rasmi dan dakwaan ini adalah usaha memburukan nama Timbalan Perdana Menteri di samping usaha untuk memecah belahkan kesatuan dalam UMNO Sabah," katanya dalam kenyataan semalam.
Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Papar berkata, sebagai Presiden UMNO sudah tentu Ahmad Zahid mengambil peluang bertemu dengan Ketua-Ketua Bahagian UMNO di Sabah dalam program santai dan ramah mesra tetapi bukannya membincangkan isu politik seperti yang didakwa.
Sehubungan itu, Jamal menegaskan bahawa Sabah komited untuk mengekalkan kestabilan politik bersama Kerajaan Perpaduan demi membangunkan negara bersama. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lawatan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Sabah
#pergolakan politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan