awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan Menteri Luar China Wang Yi tepat pada masanya - Penganalisis

Astro Awani
Astro Awani
12/07/2022
07:06 MYT
Lawatan Menteri Luar China Wang Yi tepat pada masanya - Penganalisis
Wang Yi mengadakan lawatan kerja selama dua hari ke Malaysia bermula Isnin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lawatan kerja selama dua hari Menteri Luar China, Wang Yi ke Malaysia sejak semalam dianggap tepat pada masanya.
Penganalisis Politik Antarabangsa, Prof Ahmad Martadha Mohamed berkata, lawatan itu bukan sahaja mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara malah Malaysia sebenarnya boleh mendapat banyak faedah daripada lawatan tersebut.
Menurutnya, dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, lawatan kerja itu pasti membuka ruang untuk membawa masuk pelaburan dari China bahkan menarik pelabur dari negara lain juga.
“China amat memerlukan barang-barang dari sumber asli negara dan dengan adanya dua hubungan baik ini, Malaysia mampu meningkatkan lagi nilai dagang, eksport ke negara China.
Lawatan Kerja | Menteri Luar China adakan lawatan 2 hari ke Malaysia
“Pada masa sama, ia juga dapat menarik lebih ramai pelabur asing untuk melabur ke negara kita.
“Jadi bagi saya, lawatan ini satu lawatan yang sangat tepat pada masanya terutama di saat Malaysia kini sangat memerlukan pelaburan asing dan ia penting untuk bantu memulihkan ekonomi negara,” katanya ketika bersiaran langsung dalam Buletin AWANI pada Selasa.
Dalam pada itu, beliau berpendapat Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah perlu tegas menyuarakan beberapa isu kepada China terutamanya yang melibatkan kepentingan dan kedaulatan negara.
Begitupun, jelasnya, ia perlu dilakukan secara tertutup bagi mengelak kenyataan beliau disalah tafsir.
“Dalam konteks ini, walaupun kita ingin berbaik-baik dengan China dan kita ingin melakukan perdagangan dengan nilai yang lebih pada ketika in, namun pada masa sama kita juga perlu tunjuk kepada China bahawa pendirian kita.
“Ia terutamanya terhadap sesuatu yang berkait dengan kepentingan negara perlu dinyatakan dengan tegas dan jelas bagi memastikan China juga menghormati pendirian yang berkaitan kepentingan negara,” ujarnya.
Malaysia-China | Lawatan rasmi Menteri Luar China ke Malaysia
Wang Yi mengadakan lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula Isnin.
Topic Berkaitan
#Menteri Luar
#China
#wang yi
#Saifuddin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan