awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rezeki sekampung: Jurutera lonjak pelancongan desa di Jeram
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan Sameh Hassan bakal perkukuh lagi hubungan Malaysia-Mesir

Bernama
Bernama
14/03/2022
06:21 MYT
Lawatan Sameh Hassan bakal perkukuh lagi hubungan Malaysia-Mesir
Lawatan Sameh Hassan Shoukry ke Malaysia bermula Isnin akan terus mengukuhkan lagi momentum hubungan kedua-dua negara. - Reuters
KUALA LUMPUR: Lawatan sulung tiga hari Menteri Luar Mesir Sameh Hassan Shoukry ke Malaysia bermula Isnin akan terus mengukuhkan lagi momentum hubungan kedua-dua negara, selain mencerminkan keazaman untuk meningkatkan lagi kerjasama ke tahap lebih tinggi.
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah akan mengadakan mesyuarat dua hala yang bertujuan mempertingkatkan lagi hubungan dan kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
"Kedua-dua menteri luar juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama," menurut kenyataan itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual menerima kunjungan hormat daripada Sameh Shoukry hari ini, dan beliau akan menyampaikan undangan kepada Perdana Menteri untuk menghadiri Persidangan ke-27 Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP27 - UNFCCC), di Sharm El Sheikh pada November 2022.
"Sameh Shoukry juga dijadual mengadakan pertemuan bersama Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Man Tuan Ibrahim," menurut kenyataan itu.
Lawatan itu juga akan memberi peluang kepada beliau untuk berkongsi visi dan objektif Mesir sebagai Presiden COP27.
Mesir merupakan rakan dagang terbesar Malaysia di Afrika utara. Pada 2021, jumlah dagangan dua hala Malaysia-Mesir bernilai RM3.8 bilion (AS$904.1 juta), iaitu peningkatan ketara sebanyak 84.5 peratus, berbanding nilai direkodkan pada 2020.
Lawatan itu akan dilaksanakan dengan pematuhan penuh prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan pihak berkuasa Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#malaysia-mesir
#sameh hassan
#kerjasama
#Kementerian Luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan