awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump luah kekecewaan terhadap NATO, Rutte memahami
Tentera AS kekal di sekitar Iran sehingga Tehran patuh perjanjian - Trump
Bahagian Penguasa Angkasa sah terima maklumat objek di ruang udara Sarawak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 120,000 kanak-kanak daftar prasekolah KPM pada 2027 - Fadhlina

Bernama
Bernama
05/03/2026
14:29 MYT
Lebih 120,000 kanak-kanak daftar prasekolah KPM pada 2027 - Fadhlina
Fadhlina bergambar bersama sebahagian pelajar dan guru pada Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan Tahun 2026 Negeri Pahang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajah Kalsom pada Khamis. - Foto BERNAMA
Lebih 120,000 kanak-kanak telah didaftarkan untuk kemasukan prasekolah Kementerian Pendidikan (KPM) pada tahun depan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata jumlah itu menunjukkan prasekolah KPM menjadi pilihan ibu bapa berikutan penawaran kualiti pendidikan yang baik selain akses prasekolah percuma.
Fadhlina berkata prasekolah KPM juga mempunyai tenaga pengajar yang berkelayakan dan terlatih serta prasarana dan kemudahan yang lengkap, malah semua murid akan mendapat faedah Bantuan Makanan Prasekolah (BMP).
“Bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada kanak-kanak berusia lima dan empat tahun daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan berada di luar bandar, sekali gus sebagai langkah persediaan sebelum mereka masuk ke pendidikan formal Tahun 1,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jaulah Ramadan Komuniti KPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajjah Kalsom di sini pada Khamis, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Amzan Abd Malek.
Sehingga 4 Mac, KPM menerima 121,569 permohonan terdiri daripada 61,430 kanak-kanak lahir pada 2021 (umur lima tahun), 52,189 kanak-kanak lahir pada 2022 (umur empat tahun) dan 949 kanak-kanak yang lahir pada 2023 (umur tiga tahun).
Permohonan kemasukan ke prasekolah KPM dibuka secara dalam talian bermula pada 2 Mac hingga 31 Mei 2026 untuk kanak-kanak yang lahir pada 2 Jan 2021 hingga 31 Dis 2023.
Sementara itu, Fadhlina memaklumkan KPM sedang giat melaksanakan perluasan kelas prasekolah dengan tahun ini sebanyak 350 kelas baharu dibuka.
Beliau berkata secara keseluruhan, sehingga kini terdapat 10,514 kelas prasekolah di 6,469 institusi KPM berkapasiti 256,894 tempat dengan enrolmen semasa sebanyak 217,041 murid.
Dalam pada itu, beliau turut memuji prestasi pendidikan di Pahang yang semakin menunjukkan peningkatan, antaranya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pada majlis yang dihadiri lebih 600 orang terdiri daripada guru, pelajar dan wakil ibu bapa itu, Fadhlina turut mengumumkan bantuan sebanyak RM200,000 kepada SMK Sultanah Hajjah Kalsom.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#prasekolah
#KPM
#dalam talian
#langkah persediaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan