awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 20,000 hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah

Bernama
Bernama
28/03/2026
06:56 MYT
Lebih 20,000 hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bersalaman dengan orang ramai ketika menghadiri Sambutan Hari Raya Aiudilfitri Kerajaan Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah hari ini. - Foto Bernama
Lebih 20,000 tetamu hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.
Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman dan isteri Toh Puan Faridah Tussin yang tiba kira-kira pukul 12 tengah hari.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata penganjuran rumah terbuka Aidilfitri telah menjadi tradisi tahunan kerajaan negeri dalam menyediakan ruang kepada rakyat pelbagai latar belakang untuk bersama-sama meraikan perayaan berkenaan.
“Kita adakan majlis ini setiap tahun, sudah menjadi tradisi kita untuk mengadakan sambutan perayaan Aidilfitri rumah terbuka seumpama ini.
“Majlis ini memberikan ruang dan peluang kepada rakyat pelbagai kaum, bukan saja masyarakat Islam, tetapi rakyat berbilang kaum turut hadir. Ini adalah sesuatu yang cukup baik untuk negeri kita yang pelbagai kaum ini.
“Kita gunakan peluang ini untuk merapatkan lagi silaturahim antara satu sama lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sebanyak 71 gerai melibatkan usahawan tempatan menyediakan pelbagai hidangan Aidilfitri, selain penyertaan 15 hotel serta enam agensi termasuk pihak berkuasa tempatan dan jabatan kerajaan negeri.
Sambutan bertemakan "Aidilfitri Wadah Perpaduan" itu turut meraikan lebih 1,000 anak-anak tahfiz dan anak yatim.
Pelbagai juadah antaranya rendang, kelupis (nasi yang dibungkus dengan daun), laksa, mi kari, biskut raya, kek, serta minuman disediakan untuk tetamu yang datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah
#SICC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan