awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 200,000 pencarum KWSP cukup simpanan asas menjelang usia 55 tahun

Bernama
Bernama
27/03/2024
13:18 MYT
Lebih 200,000 pencarum KWSP cukup simpanan asas menjelang usia 55 tahun
Amir Hamzah berkata bilangan itu yang berumur antara 50 hingga 54 tahun mewakili 41 peratus daripada jumlah keseluruhan pencarum KWSP iaitu seramai 551,000 pencarum. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini diberitahu terdapat 227,000 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai simpanan asas sekurang-kurangnya RM240,000 dalam Akaun 1 menjelang usia 55 tahun, setakat Februari lepas.
Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bilangan itu yang berumur antara 50 hingga 54 tahun mewakili 41 peratus daripada jumlah keseluruhan pencarum KWSP iaitu seramai 551,000 pencarum.
Selain itu, beliau memaklumkan seramai 604,000 ahli membuat caruman secara sukarela untuk menambah tabungan mereka, dengan jumlah caruman kira-kira RM8.42 bilion tahun lepas.
"Ahli juga boleh memilih dan bekerjasama dengan majikan untuk menambah caruman kerana ini menjadi satu daya tarikan syarikat dengan menolong pekerja untuk menambah caruman," katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Senator Mohd Hasbie Muda berkenaan jumlah pencarum KWSP berusia melebihi 50 tahun pada tahun ini yang mempunyai simpanan mencukupi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KWSP
#menambah caruman
#Dewan Negara
#jumlah keseluruhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan