awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 210,000 warga asing disyaki penipu tinggalkan Kemboja

Astro AWANI
Astro AWANI
19/02/2026
05:05 MYT
Lebih 210,000 warga asing disyaki penipu tinggalkan Kemboja
Lebih 210,000 warga asing yang disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan telah meninggalkan Kemboja secara sukarela. - Gambar hiasan
Lebih 210,000 warga asing yang disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan telah meninggalkan Kemboja secara sukarela sejak operasi membanteras penipuan siber dipergiat pada Jun tahun lepas, menurut anggaran pihak berkuasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Beberapa ketua sindiket juga masih dalam siasatan aktif selepas melarikan diri dari pangkalan mereka, menurut Kementerian Penerangan pada Rabu.
Sejak Jun tahun lepas, pasukan petugas bersama telah menyerbu kira-kira 2,500 lokasi dan menumpaskan kira-kira 200 kes utama penipuan dalam talian.
Lebih 46,000 unit peralatan teknologi dirampas dalam operasi itu manakala lebih 8,000 warga asing telah diproses untuk dihantar pulang.
Mahkamah Kemboja turut memproses kes terhadap lebih 500 individu, termasuk ketua sindiket berprofil tinggi serta sekutu mereka.
Ramai mangsa yang "diperdagangkan ke dalam 'kilang penipuan' dan dipaksa bekerja untuk rangkaian jenayah" berjaya diselamatkan dengan kerjasama rakan kongsi antarabangsa.
Phnom Penh juga sedang menggubal undang-undang berkaitan pembanterasan jenayah siber, yang bertujuan mewujudkan rangka kerja dengan "hukuman berat bagi mencegah aktiviti digital haram pada masa depan serta memastikan persekitaran digital yang selamat."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kemboja
#sindiket penipuan
#warga asing
#Sindiket penipuan siber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan