awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump dakwa 'seluruh tamadun akan musnah malam ini' menjelang tarikh akhir perjanjian Iran
Dakwaan permohonan tambahan BUDI95 tidak benar, had 200 liter kekal - MOF
Singapura tidak akan berunding mengenai hak laluan Selat Hormuz - Vivian Balakrishnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 30 individu pelbagai agama dalam Jawatankuasa Keharmonian - Aaron

Bernama
Bernama
03/02/2023
20:40 MYT
Lebih 30 individu pelbagai agama dalam Jawatankuasa Keharmonian - Aaron
AARON: Tahap perpaduan negara juga berada pada tahap yang baik dengan kedudukan Malaysia berada di tangga ke-18 daripada 163 buah negara. - Foto fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Kementerian Perpaduan Negara telah menyenaraikan lebih 30 individu daripada pelbagai penganut agama dalam Jawatankuasa Keharmonian, sebagai usaha untuk menyampaikan mesej perpaduan dalam kalangan kaum dan penganut pelbagai agama di negara ini.
Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang berkata jawatankuasa itu, akan menjadi platform bagi membincangkan, menilai dan memahami perbezaan dan persamaan antara satu sama lain, dalam memastikan perpaduan dalam kalangan kaum terus terpelihara.
"Kita di Kementerian Perpaduan mempunyai komuniti atau jawatankuasa harmoni antara penganut agama, yang jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh saya.
"Kita senaraikan lebih 30 orang ahli jawatankuasa daripada semua agama di Malaysia, untuk datang dan berbincang, bersemuka melihat nilai-nilai agama satu sama lain, yang mana kita berbeza dan melihat bagaimana dapat bersama," katanya selepas Majlis Perjumpaan dan Amanat Kementerian Perpaduan Negara di Auditorium Permata Sari, Jabatan Penyiaran Johor, di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan kementerian untuk memastikan agenda perpaduan antara kaum di negara ini terus terpelihara.
Mengulas mengenai beberapa isu yang melibatkan kenyataan berbaur perkauman oleh beberapa individu baru-baru ini, Aaron berkata ia hanya melibatkan sebilangan kecil sahaja.
Tambah beliau, tahap perpaduan negara juga berada pada tahap yang baik dengan kedudukan Malaysia berada di tangga ke-18 daripada 163 buah negara, dalam Indeks Keamanan Global 2022.
Terdahulu, berucap pada majlis itu Aaron dalam amanatnya menjelaskan, peranan besar yang dimainkan oleh kementerian dalam membangunkan Malaysia MADANI.
"Dalam hubungan ini, tonggak kedua (Kesejahteraan) dan keempat (Hormat) sangat berkait rapat dengan peranan dan fungsi utama Kementerian Perpaduan Negara," kata Aaron.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perpaduan
#Aaron Ago Dagang
#Jawatankuasa Keharmonian
#pelbagai agama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan