awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 30 lagi pelajar di Sana'a dalam proses dibawa pulang - Hishammuddin

Bernama
Bernama
21/04/2015
23:54 MYT
Lebih 30 lagi pelajar di Sana'a dalam proses dibawa pulang - Hishammuddin
Hishammuddin berkata ketika ini terdapat lebih 100 lagi pelajar Malaysia di wilayah Hadramaut yang keadaannya agak terkawal. - Gambar Fail
Lebih 30 lagi pelajar Malaysia yang sebelum ini tidak mahu keluar daripada wilayah bergolak Sana'a di Yaman kini dalam proses untuk dibawa pulang selepas keadaan di sana semakin tegang, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata 30 pelajar terbabit sebelum ini enggan pulang ke Malaysia bersama-sama kumpulan 67 pelajar yang dibawa pulang kerana sedang menghadapi peperiksaan. "Saya baru dapat maklumat hari ini bahawa keadaan di Sana'a bertambah tegang dan lebih 30 pelajar yang enggan pulang sebelum ini memohon untuk pulang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jentera Rakyat Wanita BN Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin di sini, pada Selasa. Proses membawa pulang pelajar terbabit sedang diusahakan oleh kerajaan menggunakan pesawat Hercules C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang kini berada di Jeddah, Arab Saudi, katanya. Beliau berkata ketika ini terdapat lebih 100 lagi pelajar Malaysia di wilayah Hadramaut yang keadaannya agak terkawal.
"Bagaimanapun kami bimbang keadaan di Hadramaut juga akan bertambah tegang seperti di Sana'a dan kami bersiap sedia menjalankan proses evakuasi pelajar kita dari sana," kata Hishammuddin. Sementara itu seorang pelajar yang tiba di Malaysia dari Aden pada Khamis lepas, Mohamad Aiman Salman Abdul Razak, 20, berkata keadaan di Aden dan Sana'a bertambah buruk dengan pengeboman berlaku hampir setiap hari berdekatan kawasan kediaman pelajar yang memaksa mereka pulang ke tanah air. "Saya berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan BN (Barisan Nasional) yang bertungkus lumus berusaha membawa kami pulang ke tanah air," katanya yang berasal dari Kuantan. Keadaan di Yaman bergolak selepas tentera Arab Saudi yang disertai tentera pakatan Teluk melancarkan operasi ketenteraan terhadap puak Houthi bagi menyelamatkan pemerintahan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi daripada konflik perang saudara.
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#Malaysia
#pelajar
#Sana'a
#Yemen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan