awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Israel dan Lubnan setuju gencatan senjata selama 10 hari - Trump
Kerajaan MADANI semarak agenda perkasa usahawan bumiputera, sasar pelaburan GLIC RM2 bilion - PM Anwar
Cubaan bunuh Presiden Madagascar digagalkan - Pejabat Presiden
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 300 aduan peranti perubatan diambil tindakan pada 2025 - MDA

Amzar Alif
Amzar Alif
13/04/2026
06:45 MYT
Lebih 300 aduan peranti perubatan diambil tindakan pada 2025 - MDA
Dr Muralitharan berkata setiap peranti perubatan yang ingin dipasarkan di Malaysia wajib melalui proses penilaian dan pengesahan ketat oleh MDA bagi memastikan produk tersebut selamat digunakan, khususnya oleh pesakit. - Gambar Bernama
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) menerima lebih 300 aduan berkaitan peranti perubatan pada 2025, dengan kesemuanya telah disiasat dan diikuti tindakan penguatkuasaan serta pendakwaan di mahkamah terhadap syarikat yang melanggar peraturan.
Ketua Eksekutif MDA Dr Muralitharan Paramasua berkata setakat akhir tahun lepas, kira-kira 10 syarikat telah dijatuhkan hukuman atas kesalahan berkaitan penjualan peranti perubatan yang tidak berdaftar atau tanpa lesen sah.
“Selebihnya, kita mengambil tindakan penggantungan atau pembatalan lesen. Ini merupakan antara langkah penguatkuasaan yang sedang kita pergiatkan," katanya kepada Bernama selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MDA 2025 di sini hari ini.
Beliau berkata antara produk yang paling banyak menerima aduan ialah kanta lekap, termometer, alat pemantau tekanan darah, kateter dan picagari, khususnya yang melibatkan produk guna habis.
Dr Muralitharan berkata setiap peranti perubatan yang ingin dipasarkan di Malaysia wajib melalui proses penilaian dan pengesahan ketat oleh MDA bagi memastikan produk tersebut selamat digunakan, khususnya oleh pesakit.
Dalam pada itu, beliau berkata MDA juga memberi perhatian khusus terhadap penjualan peranti perubatan melalui platform dalam talian, yang didapati menjadi antara saluran utama penjualan produk tidak berdaftar.
"MDA akan terus mempergiat pemantauan dan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang menjual peranti perubatan tidak berdaftar atau beroperasi tanpa lesen sah, bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terjamin," katanya.
Beliau juga menggalakkan orang ramai untuk terus tampil membuat aduan sekiranya mengesan sebarang aktiviti penjualan peranti perubatan yang meragukan sebagai langkah bersama dalam melindungi kesihatan awam.
Pada majlis itu, Dr Muralitharan turut merakamkan penghargaan kepada pihak media yang membantu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peranan MDA dan kepentingan pendaftaran peranti perubatan.
"Peranan media sangat penting kerana melalui liputan yang diberikan, masyarakat kini lebih memahami bahawa setiap peranti perubatan mesti berdaftar dan dibeli daripada wakil yang sah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peranti perubatan
#MDA
#kesihatan awam
#picagari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan