awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
Kes keracunan makanan: MCMC heret Sunway Lagoon ke mahkamah, tuntut RM1.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 350 kapal tunggu kebenaran Iran untuk lalu di Selat Hormuz - Media

Reuters
Reuters
27/03/2026
08:05 MYT
Lebih 350 kapal tunggu kebenaran Iran untuk lalu di Selat Hormuz - Media
Laluan air strategik di Selat Hormuz itu kekal tertutup kepada AS, Israel, dan sekutu mereka, dengan tiada kapal dibenarkan lalu tanpa kebenaran Iran. - Gambar fail/AP

Lebih 350 kapal sedang menunggu kebenaran Iran untuk merentasi Selat Hormuz, masuk hari ke-27 peperangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran, menurut Agensi Berita Fars pada Khamis, lapor Xinhua.

Memetik laporan terkini dan perkembangan lapangan, Agensi Berita Fars menyatakan bahawa laluan air strategik itu kekal tertutup kepada AS, Israel, dan sekutu mereka, dengan tiada kapal dibenarkan lalu tanpa kebenaran Iran.

Menurut laporan itu, kapal berkenaan telah diarahkan untuk mematikan sistem mereka dan kekal pegun.

Antara kapal yang sedang menunggu termasuk 25 kapal tangki super, 200 kapal tangki minyak, dan 70 pembawa LNG serta CNG, lapor Fars, sambil menambah bahawa tanpa kelulusan Iran, kapal itu tidak boleh meneruskan perjalanan mahupun berlabuh di pelabuhan serantau, memandangkan laluan laut kekal di bawah kawalan penuh angkatan tentera Iran.

Dalam satu hantaran di platform media sosial X pada Selasa, Komander Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran Alireza Tangsiri berkata bahawa mana-mana kapal yang melalui Selat Hormuz mesti berkoordinasi sepenuhnya dengan pihak berkuasa maritim Iran.

Pada 28 Feb, Israel dan AS melancarkan serangan bersama ke atas Tehran dan beberapa bandar Iran yang lain, membunuh Pemimpin Agung Iran ketika itu Ali Khamenei, bersama komander kanan tentera dan orang awam.

Iran membalas dengan gelombang serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan pangkalan serta aset Israel dan AS di Asia Barat, selain memperketatkan pegangannya di Selat Hormuz, menyekat kapal milik atau yang bersekutu dengan Israel dan AS.

-- BERNAMA-XINHUA

Topic Berkaitan
#Iran
#Selat Hormuz
#kapal
#menunggu
#kebenaran
#transit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan